Program Larian KAKOM KMPh 2018 telah dijalankan pada 11 Ogos 2018 (Sabtu) bertempat di Kompleks Sukan KMPh. Acara larian ini telah dijalankan secara serentak di Kolej Matrikulasi seluruh negara. Larian KAKOM KMPh 2018 dianjurkan bertujuan mempromosi dan memperkenalkan Karnival Kokurikulum Matrikulasi (KAKOM) kepada warga KMPh dan kawasan sekitar. KAKOM 2018 akan berlangsung pada 17 hingga 19 Ogos 2018 di Kolej Matrikulasi Selangor (KMS).
Objektif
Mempromosi Karnival Kokurikulum Matrikulasi (KAKOM) 2018.
Mengeratkan hubungan persaudaraan dan kerjasama sesama pelajar.
Memperkenalkan atlet dan pegawai kontinjen Kolej Matrikulasi Pahang ke KAKOM 2018.
Memberikan pendedahan dalam bidang pengurusan dan pengelolaan acara.
Meningkatkan potensi pelajar ke arah kecemerlangan dalam bidang jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).
Galeri Foto
Video
Galeri Foto
Peserta Larian KAKOM KMPh di pekan Gambang, Pahang
Kelab Dokumentasi Kokurikulum
Kolej Matrikulasi Pahang





































































No comments:
Post a Comment